FinD Us

01 November 2011

Jenaka Dan Seram Pontianak Dalam Fright Night


TAJUK: Fright Night
GENRE: Komedi Seram
PENGARAH: Craig Gillespie
PELAKON: Anton Yelchin, Colin Farrell, Christopher Mintz-Plasse, David Tennant, Imogen Poots, Toni Collette
EDARAN: Touchstone Pictures

Ulasan Penuh
Merupakan remake kepada filem bertajuk sama yang diterbitkan pada tahun 1985. Berdasarkan novel Fright Night hasil karya penulis, Tom Holland, Fright Night versi baru ini membawakan elemen yang lebih segar namun masih mengekalkan corak penyampaian yang sama.
Sipnosis
Melihat Colin Farrel yang di'make-up' seakan Robert Pattinson dari siri Twillight membuatkan penulis tersenyum. Mungkin persepsi masyarakat barat terhadap pontianak mereka sememangnya begitu, wajah yang tampan atau cantik tetapi putih pucat serta mempunyai pandangan yang tajam.
Ditambah pula dengan namanya Jerry The Vampire, nama yang langsung tidak menakutkan tetapi lebih kepada watak jahat cerita kanak-kanak. Tapi itu persepsi penulis, Jerry lakonan Colin Farrel ini sememangnya sadis dan kejam. Tampil dengan imej rockstar era 50 an, namun masih mengekalkan ciri-ciri stereotaip pontianak iaitu suara yang gemersik seakan berbisik ketika bercakap, kata-kata yang mempunyai ancaman halus dan tersirat serta pandangan sinis memerangkap mangsa sudah cukup membangkitkan suasana ketakutan dalam siri ini.
Fright Night antara remake yang tidak keterlaluan pada pendapat penulis kerana menampilkan jalan cerita, plot, senario yang sama dengan filem asalnya. Penulis menonton Fright versi baru ini terlebih dahulu sebelum menonton versi asalnya. Tidak banyak beza antara kedua-dua filem ini,
Antara elemen utama yang dikekalkan dalam ini ialah unsur jenakanya. Jenakanya bertepatan dengan situasi dan trajektori plotnya. Setiap jenaka digabungkan dengan adegan saspen, aksi dan thriller menjadikan filem ini berlainan dari siri pontianak lain yang kebiasannya ditujukan buat golongan remaja. Tiada babak cinta yang keterlaluan seperti Twilligt dan tiada juga aksi ganas berlebihan seperti Underworld sebaliknya babak saspen thriller mendominasi Fright Night.
Fokus utama filem ini, iaitu Charley Brewster lakonan Anton Yelchin gagal menyerlah kerana sepanjang menonton, penulis lebih berminat memerhatikan watak lain yang berinteraksi dan beraksi dengannya. Mungkin nama Colin Farrel terlalu besar untuk dihadapi Yelchin yang mash belum mempunyai nama di Hollywood.
Pelakon-pelakon lain seperti David Tennant, Sandra Vergara, Emily Montague dan Tpni Collete bagaimanapun berjaya membawakan watak masing-masing.
Sipnosis
Charley Brewster lakonan Anton Yelchin merupakan seorang remaja normal yang menjalani kehidupan biasa. Tinggal di sebuah kawasan suburban bersama ibunya, Jane, kehidupan Charley bahagia disamping kekasihnya, Amy Peterson.
Kehidupan normal Charley berubah apabila satu hari ketika dia pulang dari sekolah, ibunya telah memperkenalkannya kepada jiran baru mereka, Jerry. Pada masa yang sama, rakan Charley, Ed telah memberitahu terdapat satu misteri kehilangan seorang demi seorang rakan mereka di sekolah.
Keadaan makin rumit apabila Ed memberitahu Charley yang jiran barunya, Jerry adalah pontianak namun Charley tidak sehingga dia sendiri melihatnya. Apakah yang akan dilakukan Charley untuk melindungi ibunya, kekasih dan rakan-rakan lain dari cengkaman Jerry?apa-apa pun kalau saya jumpa movie ini saya akan khabarkan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...