Tiada penyingkiran pada malam minggu kedua Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung sebentar tadi dair Royale Theater Selangor, Shah Alam. Sebaliknya, hos rancangan AC Mizal mengumumkan 5 peserta bakal disingkirkan pada minggu depan iaitu minggu ketiga MLM.
Pengumuman itu dibuat di penghujung rancangan setelah beberapa nama peserta yang mendapat undian terendah dipanggil naik ke atas pentas. Antara peserta yang mendapat undian terendah ialah Comel, Syok, Anje, RAP, Gebu, Lanun dan Caer.
Terdahulu di awal rancangan, AC Mizal terlebih dahulu telah memberitahu kepada audiens bahawa akan terdapat 5 peserta sekaligus akan disingkirkan dan hanya 12 peserta akan dapat membuat persembahan di minggu ketiga MLM.
Seramai 17 peserta dari tiga buah negara iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia telah menyertai pertandingan lawak ini yang terdiri dari pelawak-pelawak tersohor yang telah mencipta nama di negara masing-masing.
Maharaja Lawak Mega yang bersiaran secara langsung turut dipancarkan ke Astro Warna (saluran 132) dan tiga orang juri tetap beserta seorang juri jemputan akan mengadili persembahan setiap peserta saban minggu. Tiga orang juri tetap itu ialah Dato' Siti Nurhaliza, Dato' Chef Wan dan Zainal Abidin Hassan manakala juri jemputannya ialah Adi dari kupulan 6ixth Sense.
No comments:
Post a Comment