Pereka fesyen terkenal antarabangsa, Michael Kors telah hadir pada upacara pemotongan riben sebagai simbolik pembukaan butik pertamanya di Malaysia, di pusat beli-belah Pavilion, di sini malam tadi.
Tampil dengan gaya ringkas bercermin mata hitam, Michael Kors yang pernah menyarungkan ramai bintang-bintang popular dunia seperti Jennifer Lopez, Heidi Klum danCatherine Zeta-Jones mengucapkan ribuan terima kasih dan terharu tak terhingga dengan pembukaan butiknya itu.
"Terima kasih kepada Malaysia yang sudi menerima kehadiran jenama saya di sini. Juga kepada Valiram Group yang bersusah payah menjadikan impian ini sebagai kenyataan.
"Apa yang dapat saya lihat, butik ini sangat cantik dengan rekaan yang bersih lagi bergaya dan juga mampu mengundang perhatian peminat fesyen untuk datang ke sini. Itulah yang saya mahukan dalam setiap rekaan saya," katanya ringkas.
Malaysia adalah negara kedua di Asia Tenggara selepas Singapura yang memiliki butik Michael Kors dengan variasi pakaian sedia pakai termasuk aksesori, tas tangan, cermin mata, kasut, jam tangan dan produk kulit dari jenama KORS Michael Kors dan MICHAEL Michael Kors.
No comments:
Post a Comment