FinD Us

03 November 2011

Jais Keluar Waran Tangkap Tahan Bob Lokman!!


Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah memperoleh waran tangkap untuk menahan pelakon dan penulis lirik, Bob Lokman kerana memberi ceramah tanpa tauliah.
Pengarah Jais, Marzuki Hussin dalam kenyatannya memberitahu waran itu telah dikeluarkan pada 28 Oktober lalu dan membolehkan pihak mereka menangkap Bob jika didapati berada di negeri itu.
Jais kini juga sedang menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dikenakan ke atas Bob Lokman bagi mengambil tindakan undang-undang sekali gus membolehkan Bob hadir di Mahkamah Syariah.
Walaubagaimanapun Bob Lokman akan dibebaskan dengan jaminan selepas beberapa kenyataannya diambil.
Bob sebelum ini ditahan Jais ketika sedang memberi ceramah di hadapan lebih 70 orang di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat pada bulan lalu.
Turut dilaporkan bahawa Bob telah diarahkan untuk hadir ke Jais untuk memberi keterangan tetapi beliau enggan berbuat demikian.
Bob disiasat di bawah seksyen di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...