FinD Us

02 November 2011

Gisele Bundchen & Fesyen Hybrid Esprit!!


Sempena pembukaan butik rangkaian terbaru jenama pakaian harian terkenal Esprit, di pusat beli-belah Mid Valley Megamall baru-baru ini, telah diperkenalkan koleksi terkini musim luruh dan dingin 2011.
Butik dua tingkat yang berkeluasan 8,888 kaki persegi itu mencakupi pelbagai pilihan pakaian untuk si daram jejaka mahupun kanak-kanak dari rangkaian Esprit mahupun EDC yang mementingkan kualiti serta gaya dalam harga amat berpatutan.
Tidak seperti rangkaian Esprit yang lain di negara ini, butik dua tingkat itu menerapkan konsep fesyen hybrid fusion sesuai dengan kempen besar-besaran jenama berkenaan di peringkat global.
Ia termasuklah dengan memperkenalkan beberapa rekaan pakaian yang menggunakan tema serupa sesuai untuk pemakaian si gadis kota namun masih mahu mengekalkan keperibadian alam sekitar, sejuk mata memandang.
Sesegar angin yang bertiup dingin bagi menikmati perubahan cuaca di hujung tahun ini, Esprit turut memperkenalkan fesyen ikon dan trendsetter terkenal dunia, Gisele Bundchen sebagai penyeri wajah utama koleksi Esprit musim ini.
Peranan Gisele dalam memperkenalkan tiga gaya moden terkini sehingga tiga gaya paling diminati bersesuaian dengan acara, masa dan lokasi untuk mudah diubah sama ada gaya baru, kasual, pejabat mahupun glamor.
Aura dan pengaruh supermodel kelahiran Brazil itu juga diserlahkan dalam membuktikan bahawa keanggunan, karisma dan keaslian dalam setiap cebisan rekaan Esprit dapat memberikan persona paling tepat untuk kuasa jenama dari California ini.
Klik di sini untuk koleksi musim luruh dingin Esprit 2011
Klik di sini untuk melihat wajah & gaya Gisele Bundchen
Klik di sini untuk melihat koleksi Perfect Three Esprit

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...