FinD Us

03 November 2011

Aishah AF7 dan Qhaud Semakin Renggang?


Setiap permulaan pasti akan berakhir. Begitulah jua dengan sesuatu ikatan perhubungan. Sama ada hubungan itu penghujungnya menemui jalan bahagia atau kemusnahan. Semua itu adalah ketentuan dari NYA.
Menyentuh mengenai hubungan ini, Murai Batu tertarik untuk mengorek cerita terbaru bintang Akademi Fantasia 7 (AF7), Siti Aishah Bujang yang lebih dikenali sebagai Aishah.
Ketika anak gadis dari Kuching, Sarawak itu menyertai AF7, peminat program berkenaan sering menganggap Aishah dan penyanyi lagu Bengang iaitu Akim adalah pasangan bahagia yang sedang dilamun cinta.
Namun, selepas bertubi-tubi kisah mereka menjadi tatapan pembaca dunia hiburan tempatan, barulah semuanya tahu Aishah dan Akim hanyalah kawan biasa, walaupun masing-masing pernah ada menunjukan minat untuk menjadi pasangan kekasih.
Apatah lagi kala ini, Akim masih lagi dihanyutkan dengan gosip dia bercinta dengan Stacy. Tetapi Murai Batu tak ada pun mendengar kenyataan dari pihak masing-masing sama ada mereka menafikan atau mengiyakan hubungan berkenaan.
Berbalik kepada cerita Aishah, selepas kisah dia bersama Akim lenyap, anak gadis ini dikhabarkan semakin akrab dengan Qhaud yang juga bintang AF7. Sungguhpun mereka tidak mengaku bercinta, teman Murai Batu acapkali melihat kelibat mereka datang bersama dalam mana-mana jemputan program hiburan.
Malah, kalau Murai Batu tak silap,mereka pernah datang berdua ketika majlis ulang tahun portal murai.com.my. Pun begitu, sampai sekarang ini, Murai Batu masih tidak ketahui apa hubungan sebenar Aishah dan Qhaud. Namun, kalau diteliti menggunakan teropong ajaib Murai Batu, mereka ni adalah pasangan bercinta.
Walaupun Murai Batu belum menerima jawapan itu, tetapi ada suara berbisik di telinga Murai Batu dengan mengatakan mereka sudah lagi tidak rapat macam dulu. Pokoknya, mereka sudah putus. Bagaimanapun, putus cinta atau putus sahabat tidak pula diketahui kesahihannya.
Khabarnya, Aishah dan Qhaud tidak lagi keluar bersama dan sudah membuat haluan masing-masing. Dalam pada sedih mendengarkan kisah ini, Murai Batu dapat tahu bahawa Aishah yang kini sibuk menjadi pelakon sedang intim dengan seorang lagi bintang AF.
Namun, Murai Batu tidak tahu pula bintang AF yang mana satu. Yang penting, Aishah sering saja menerima tawaran berlakon drama. Kalau tak silap, Aishah ada berlakon sebuah drama dengan memegang watak sebagai isteri kepada Cat Farish. Huhu..mesti kelakarkan. Sudahlah Aishah tu kecil orangnya.
Nasihat Murai Batu kepada Aishah, jika benar dia putus cinta dengan Qhaud anggaplah perkara itu sebagai satu perkara yang akan mendewasakan diri sendiri. Teruskan kerjaya dalam bidang seni dan jangan matikan karier hanya kerana cinta seperti lambakan artis baru yang terkena dengan badi cinta.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...