FinD Us

01 November 2011

Peluang Menjadi Ratu Cantik Estee Lauder!!


Inginkah anda menjadi ratu cantik walau untuk sehari? Inilah peluangnya untuk anda bersinar dan jenama kosmetik antarabangsa, Estee Lauder akan menjadikan anda secantik ratu apabila mendaftar menerusi pertandingan Rate Estee Lauder KL Sogo Makeover.

Pakar solekan dari Estee Lauder akan membantu anda menjalani transformasi kecantikan mengikut citarasa terkini, secantik yang anda idamkan.
Bukan itu sahaja, anda juga akan menerima khidmat dandanan rambut secara profesional dari Miko Galare, sekali gus melengkapkan kejelitaan anda bak ratu nan rupawan. Anda juga berpeluang membawa pulang gambar potret sendiri bersaiz A4 melalui sesi fotografi bersama jurugambar potret profesional Estee Lauder.

Foto anda itu seterusnya akan dimuat naik dalam ruangan sosial, Facebook Estee Lauder untuk melalui proses undian. Sepuluh foto dengan undian tertinggi akan layak ke pusingan kedua untuk diadili pihak juri, di mana seorang pemenang akan dimakhotakan gelaran Ratu Estee Lauder KL Sogo.

Pemenang akan membawa pulang hadiah bernilai RM5,000 berupa produk jenama Estee Lauder dan 50,000 mata S, sumbangan Sogo untuk kegunaan membeli-belah. Bukan itu saja, sembilan finalis pula akan membawa pulang sebuah hamper dari Estee Lauder bernilai RM1,000 dan 10,000 mata S dari Sogo untuk membeli-belah.

Untuk menyertai, anda harus membeli pakej Estee Lauder Ratu KL Sogo Makeover dan tetapkan temu janji anda sama ada dari 25 hingga 29 Oktober ini dan hubungi Estee Lauder Sogo di talian 03-26942479. Setiap pakej potret bernilai RM280 yang merangkumi :-

• Dandanan istimewa dari jurusolek profesional Estee Lauder
• Dandanan rambut dari Miko Galere
• Sebuah potret bersaiz A4
• Baucer bernilai RM250 untuk setiap produk Estee Lauder
Tunggu apa lagi? Tetapkan janji temu anda bersama Estee Lauder hari ini juga.
Selain itu, jadilah juga pelanggan pertama untuk previu Estee Lauder 2011 Blockbuster Color Collection. Set lengkap yang dapat membantu memnuhi kehendak dan pilihan anda dalam kehidupan seharian. Sama ada anda inginkan solekan ringkas atau penuh, produk penuh variasi warna ini amat mudah dipadankan. Anda boleh menetapkan sendiri imej bagaimana yang anda inginkan seperti romantik, klasik, au-natural atau apa sajaha yang kena dengan mood anda. Ia adalah set lengkap yang mampu memenuhi keinginan anda. Koleksi ini bernilai RM1,980 dan anda boleh dapatkannya sekarang di Estee Lauder pada harga RM240 dengan setiap pembelian RM250 produk Estee Lauder.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...