Malam ini, program yang bakal membuat seisi keluarga gelak sakan iaitu Maharaja Lawak Mega (MLM) akan bersiaran di Astro Warna (Saluran 132).
Oleh kerana itu, hati Murai Batu berdegap degup menanti jam 10 malam ini untuk menonton apa yang bakal dipersembahkan bintang-bintang lawak dari serantau asia ini.
Dalam kegemuruhan itu, Murai Batu bertambah takut dan risau setelah mendapat tahu salah seorang peserta MLM sedang sakit.
Dengarnya, peserta dari Malaysia iaitu Bob Kuman yang bergabung tenaga bersama Sobri menerusi kumpulan BP (Bawal Power) sedang sakit teruk.
Dek kerana sakit itu, Bob dikhabarkan tidak boleh bangun sehingga terpaksa menerima bantuan orang lain untuk bergerak.
Sungguhpun dalam keadaan sakit, Bob dikatakan sedikit pun tidak mengeluarkan kata-kata mahu menarik diri dari MLM. Sebaliknya, dia memohon jasa baik Sobri untuk mengaturkan sesuatu agar dia boleh berada di pentas besar ini.
Menurut sumber, Sobri telah memohon jasa baik produksi untuk menyusun jadual dan ruangan lebih selamat agar Bob boleh menyertai MLM esok hari.
Mendengar berita ini, Murai Batu amat kagum dengan semangat yang ada pada Bob. Pun begitu,Murai Batu berharap Bob dapat menjaga kesihatan supaya nyawanya lebih terjamin.
Murai Batu berdoa agar Bob cepat sembuh dan boleh menghiburkan penonton MLM.

No comments:
Post a Comment