Peminat jenama fesyen antarabangsa di negara ini, pastinya sudah terperasan dengan kemunculan butik terbaru Michael Kors yang tersergam indah di salah satu unit di deretan pusat beli-belah Pavilion.
Butik dua tingkat serba keemasan yang berkeluasan 3,500 kaki persegi itu, telah mula menarik perhatian ramai sejak Ogos lalu dengan kepelbagaian pilihan ritna fesyen bermula daripada rangkaian aksesori sehinggalah persalinan serba indah.
Ramai juga yang tertanya-tanya, bilakah agaknya dapat bertemu dengan pemilik jenama itu sendiri sempena pembukaan premis keempatnya di rantau Asia itu.
Bagaikan mimpi jadi nyata, pereka fesyen bertaraf global yang mula meluaskan empayar perniagaan fesyennya sejak berusia 19 tahun itu bakal berkunjung ke ibu negara dan menyemarakan pembukaan butik mewahnya itu pada tanggal 2 November ini.
Beliau diundang untuk menyaksikan serta meratapi sendiri kemeriahan majlis perasmian butik miliknya itu pada acara pemotongan riben sebagai simbolik di sebalik pembukaan butik berkenaan.
Bakal mengiringi pereka fesyen terkenal itu ketika majlis pemotongan riben berkenaan, sudah pasti beberapa orang kuat dari Valiram Group yang merupakan peruncit barangan mewah utama di Asia Tenggara dan juga pihak bertanggung jawab membawa jenama itu ke negara ini.
Michael Kors bersama syarikatnya Michael Kors, Inc telah mula memasuki pasaran Asia sejak 2006 dengan butik pertamanya di Korea, diikuti pembukaan di Jepun, Hong Kong dan 50 lagi cawangan runcit di seluruh China dalam tempoh tiga tahun.
Menerusi peranan Valiram Group, jenama Michael Kors dijangka akan berkembang mekar dengan pembukaan beberapa lagi cawangannya dalam tempoh lima tahun.
Di Malaysia, jenama itu bukan saja hebat dengan rekaan dari rangkaian Michael Kors malahan juga beberapa lagi jenama di bawahnya seperti KORS Michael Kors dan MICHAEL Michael Kors.

No comments:
Post a Comment