FinD Us

31 October 2011

Tidak Akan Masuk Neraka Orang Yang Menangis Kerana Takutkan ALLAH ....


Rasulullah S.A.W telah bersabda ,"bahawa tidak akan masuk neraka
orang yang menangis kerana takut ALLAH sehingga ada air susu
kembali ke tempat asalnya."

datang sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan
didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti,dan sangat
beratlah timbangan kejahatannya.dan telah diperintahkan untuk
dimasukkan ke dalam neraka

maka salah satu rambut-rambut matanya berkata,"Wahai Tuhanku ,Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda
sesiapa yang menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T maka ALLAH mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu

akhirnya ALLAH S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T Malikat Jibril A.S mengumumkan ,telah terselamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut "

Dalam sebuah kitab lain,Bidayatul-Hidayah ,diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya,suara nyalaan api yang sangat menggerunkan semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya.ALLAH S.W.T berfirman yang bermaksud ,"Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya) .Tiap-tiap umat diseru kpd buku amalannya. (dikatakan kepadanya) .Pada hari kamu dibalasi apa2 yg telah kau kerjakan."(Surah al-Jatsiyah:28) sebaik sahaja mereka menghampiri neraka,mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan .Pada waktu itu,akan berkata setiap orang hingg Nabi -nabi dengan ucapan ,Diriku,diriku (selamatkanlaj diriku Ya ALLAH) kecuali hanya seorang nabi sahaj yang akan berkata,umatku,umatku."

beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung,umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata "Whai api!Demi hak orang-orang yang solat ,demi hak orang-orang yang ahli sedekah ,demi hak orang-orang yang khusyuk,demi orang-orang yang berpuasa ,supaya engkau kembali ..

walaupun dikatakn demikian ,api neraka itu tetap tidak mahu kembali,lalu malaikat Jibril berkata"sesungguhnya api neraka itu menuju kpd umat Nabi Muhammad S.A.W "
kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya,
Berkata Jibril A.S "Wahi Rasulullah ,ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya."Lalu Baginda maengambil dan menyiramkannya pada api itu ,maka padamlah api itu.

setelah Rasulullah S.A.W pun bertanya kpd Jibril A.S "Wahai Jibril,apakah air itu ? Maka Jibril berkata,Itulah airmata orang yang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepda ALLAH S.W.T
Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu."
Mkaja padamlah api itu dengan izin ALLAH S.W.T

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...