Sinopsis Magika
Filem Magika adalah sebuah filem berbentuk kekeluargaan yang menyelitkan pantang larang orang Melayu terutama peringatan untuk anak-anak seperti jangan keluar rumah waktu senja dan jangan buang air kecil merata tempat sesuka hati. Filem ini juga dekat di hati penonton kerana ia kaya dengan nilai kasih sayang, cinta dan pengorbanan.
Sinopsis filem Magika mengisahkan bagaimana dua beradik yang tersesat di alam bunian selepas keluar rumah pada waktu Maghrib. Ayu (Diana Danielle) berhadapan dengan ujian sukar untuk menyelamatkan adiknya iaitu Malik (Fimie Don) yang diculik nenek kebayan lakonan Ziana Zain. Bagaimanapun Ayu bernasib baikkerana dia bertemu dengan Bad Mawi)yang membantu menyelamatkan mereka keluar dari dunia asing itu.

No comments:
Post a Comment